Kami akan memperkenalkan layout Negaraku! dalam masa terdekat. Nantikan ;)

NEGARAKU!

Berita Sosial Malaysia.

Penafian

Salam sejahtera kepada rakan Negaraku.My.

Terlebih dahulu pihak Negaraku.My mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada anda  yang yang menggunakan perkhidmatan kami. Perkhidmatan PING di Negaraku.My ini diberikan secara percuma untuk blogger-blogger di Malaysia untuk berkongsi sebarang artikel yang mereka fikirkan bermanfaat untuk kebaikan pengguna yang lain.

Namun demikian, di sini terdapat beberapa penafian ataupun terma dan syarat yang kami tetapkan dalam keghairahan untuk berkongsi artikel. Pihak kami berharap anda sebagai pengguna dapat menghormati syarat-syarat yang telah ditetapkan supaya tidak berlaku salah faham dikemudian hari sama ada antara anda yang menggunakan Negaraku.My mahupun rakan yang lain.

KRITERIA PENAFIAN/TERMA & SYARAT NEGARAKU.MY

1. Anda dilarang untuk berkongsi sebarang artikel yang berunsur lucah, menampilkan gambar seksi, tidak senonoh, menjolok mata, sebarang artikel yang berunsur hasutan, gambar atau artikel yang mengganggu sensitiviti masyarakat/kaum lain, fitnah dan tomahan, sebarang aktikel yang boleh mendorong perlakuan jenayah dan sebagainya.

2. Anda juga tidak dibenarkan berkongsi pautan affiliate di laman ini. Pautan-pautan (link) seperti yang mendorong atau memaksa pengguna lain untuk ke laman anda tanpa mereka rela, paksaan LIKE FB, dan sebagainya adalah sangat dibenci oleh masyarakat sihat di alam siber.

3. Anda di larang sama sekali menggunakan tajuk-tajuk dari perkataan kesat atau lucah, maki hamun, puaskan isteri, pancut-pancut dan sebagainya.

4. Sebarang jenis artikel yang boleh mengganggu keselesaan pembaca lain juga adalah dilarang. Fikir dahulu keselesaan pengguna lain sebelum anda berkongsi sebarang artikel di sini.

5. Setiap artikel mesti mempunyai TAJUK, PAUTAN GAMBAR, PAUTAN ASAL ARTIKEL, KATEGORI, TAGS dan juga PENERANGAN RINGKAS. Sekiranya gagal, anda akan dihalang dari terus menghantar artikel yang berkenaan.

6. Anda dilarang SPAM sebarang bentuk artikel perniagaan bertingkat, berlapis-lapis, labah-labah, piramid, kaki-6, kaki-18 seperti MLM, IM dan sebagainya. Begitu juga SPAM artikel sendiri macam Negaraku.My ni untuk anda sorang je nak baca.

7. Akan ditambah dari masa ke masa kelak.

Sekiranya terdapat salah-laku di atas, pihak Negaraku.My tidak akan teragak-agak untuk membuang artikel tersebut tanpa perlu memaklumkan kepada individu terbabit. Sekiranya masih berdegil, pihak kami akan menghalang akses individu terbabik dari memasuki laman ini untuk selama-lamanya.

Mana-mana indivitu yang melakukan kecaman terhadap pertikaian politik, perundangan mahupun sebarang artikel yang boleh menyebabkan perpecahan kaum, pihak kami di sini melakukan penafian bahawa kami tidak menyokong sebarang aktiviti yang berunsurkan ciri-ciri di atas. Kami tiada sebarang masalah untuk bekerjasama dengan pihak berwajib untuk memberikan sebarang maklumat anda sekiranya diberikan arahan untuk berbuat demikian.

Jadi sebelum anda melakukan sesuatu yang boleh merumitkan pihak pentadbiran kami, diri anda sendiri dan juga rakan pembaca yang lain, sila fikirkan kembali akan tujuan anda berkongsi sebarang artikel. Sekiranya ia bertujuan untuk kepentingan sejagat, maka tiada penghalang bagi kami untuk tidak membenarkan artikel tersebut dikongsi di sini.

Sekian,

Negaraku.My

 

You need to log in to vote

The blog owner requires users to be logged in to be able to vote for this post.

Alternatively, if you do not have an account yet you can create one here.

Powered by Vote It Up

NEGARAKU!

Berita Sosial Malaysia.

Maaf, hanya pengguna berdaftar sahaja dibenarkan menghantar artikel

 

Register